Tuesday, May 16, 2017

cerita kedai makan

Kenapa hari ni rasa sebak semacam je? Nak dikatakan hari ni adalah hari yang mana akan menjadi salah satu kenagan yang terindah untuk aku dan abah aku,ntahlah rasa macam nak share cerita ni dengan korang semua. Tak pernah aku terfikir nak cakap macam tu dekat abah yang boleh buat abah hilang selera makan dan menagis dekat kedai makan. Sama jugaklah dengan aku pun menagis jugaklah bila tengak hero aku menagis aku pun lagi laju menagis hehe. 
Abah, saya mintak maaf abah sebab buat abah menagis tadi saya serba salah pulak cakap macam tu dekat abah. Tak sepatutnya saya cakap hal ini sekarang. 
Nak tahu apa aku cakap dengan abah aku ? 

Nak diringkaskan cerita masa tengah layan makanan aku bual kosonglah dengan abah aku pasal masa depan aku nanti. "So sekarang ni saya dah kerja abah." Abah pulak jawab "tak lama lagi awak nak kahwin dah anak abah sorg ni, dah jadi hak orang dah." lepas tu aku jawab "saya tak tahu saya ni dah ready ke belum nak nikah nanti, sebab nikah ni bukannya sehari dua tapi selamanya." bla bla sambil abah aku layan makanan dia lepas tu aku terlintas satu ayat ni yang aku tujukan untuk abah aku. "Abah, seorang lelaki pertama kali jatuh cinta kepada wanita adalah ibunya dan kedua kepada isterinya dan kemudian kepada anak perempuannya, tapi dalam banyak-banyak wanita lelaki sayang adalah anak perempuan dia, sebab dia akan buat segala hal untuk menjaganya. Dibesarkan daripada sekecil-kecil tapak tangan sampai besar kemudian nak melepaskan anak perempuan dia dekat orang lain yang belum tentu mampu menjaga dia macam mana si bapanya dengan penuh kasih sayang."

Masa cakap tu aku dah rasa sebak dah tapi aku tak perasan lagi muka abah aku macam mana. Rupanya dia pun sebak jugakkkkkk. Aku pun apa lagi menagislah terus masing-masing hilang selera makan padahal dua-dua tengah lapar tadi. dah itu je nak share dengan korang semua harap lepas ni yang mana bapa dah menghadap ilahi, aku ucapkan salam takziah banyakkan berdoa kepadaNya sebab doa anak yang soleh/solehah dapat tolong mereka disana dan kepada yang masih allah swt pinjamkan bapanya lagi silalah hargai bapa anda ye. Sesungguhnya bagi aku memang tak akan ada lelaki lain yang akan menjaga kita macam mana bapa kita jaga kita. Doakan abah saya panjang umur dan sihat sentiasa hendaknya. 

salam sayang anakmu, 💕
*gambar masa lepas nagis hehe 😜

0 comments: