Thursday, April 15, 2021

Al-Fatihah Abah.

 

Waktunya bagaikan terhenti, bila abah pergi. Namun bisik hati kecil aku kuat mengatakan harus kuat, kerana ini semua pasti terjadi cepat atau lambat. Dan aku sudah sedia. Sedia untuk mengharungi dunia ini tanpa insan yang ku panggil abah. 

Sayang abah, doa buat abah semoga sentiasa dipermudahkan urusan abah disana. Terima kasih abah sebab datang dalam mimpi. Jangan sesedih lagi. Anak abah kuat, anak abah yakin semua ini terjadi pasti ada hikmahnya. Allah tak akan uji seseorang hambaNya lebih dari kemampuannya, termasuk juga anak abah. Selagi ada nyawa dikandung badan selagi  itu anak abah terus kuat melangkah menjalani hidup ini, Allah tidak akan meninggalkan anak abah, selama mana anak abah sentiasa beriman kepadaNya.

AL-FATIHAH 
ALIZA BIN AZIZAH (17/03/2020)

Namun terkadang, saatku sendiri ku melihat foto dan video, bersamamu yang telah lama ku simpan, hancur hati ini melihat semua gambar diri, yang tak bias aku ulang kembali….

Ada masa yang tak dinafikan anak abah nyaris gila dengan keadaan sekeling yang mana dulu jadi biasa tapi semuanya luar biasa bila abah tak ada. Tapi syukur berkat sokongan family yang sentiasa ada disisi anak abah kembali kuat. Malah lebih kuatt untuk mengaharungi kehidupan yang mendatang, hidup mesti diteruskan. 

Disini aku nak sampaikan sesuatu yang aku maafkan semua kesalahan kau, bukan kerana kau mohon maaf atau kau layak dimaafkan. Aku maafkan kau kerana aku perlukan ketenangan untuk teruskan hidup. Kemaafan ini telah dididik oleh orang tua aku supaya aku tiada masa untuk berdendam, kerana lebih baik gunakan masa yang singkat ini untuk berkasih sayang. Tidak aku nafikan agak sukar semua ini aku lakukan pada mulanya dengan apa yang telah kau buat pada hidup aku. Namun benar kemaafan itu indah dan aku lebih tenang. 
.


"sesungguhnya mereka yang memakan harta anak yatim secara zhalim, sebenarnya mereka menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala" (An Nisa : 10)

"Rasulullah SAW bersabda: Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tiada hijab antarnya dengan Allah SWT (untuk memakbulkan)." H.R Muslim


Ya Allah, jangan sampai hatiku, 
Dipenuhi dengan BENCI,
Kepada orang yang menyakiti,
Dan membuat aku menagis,
Kuatkanlah hatiku untuk menjadi, 
Seorang pemaaf. Amin 😄